Lorenzo mencatat masa terpantas sesi latihan bebas MotoGP Australia. - Pix AFP
Lorenzo mencatat masa terpantas sesi latihan bebas MotoGP Australia. - Pix AFP

Phillip Island (Australia): Pelumba Sepanyol Jorge Lorenzo konsisten mencatat masa terpantas sesi latihan bebas sebentar tadi menjelang perlumbaan MotoGP Australia Ahad ini.

Lorenzo mencatat masa terpantas satu minit 30.047 saat untuk berada 0.348s di depan juara bertahan Marc Marquez yang memacu motosikal Repsol Honda.

Pendahulu kejuaraan dunia Valentino Rossi rakan sepasukan Lorenzo bersama pasukan Movistar Yamaha merakam masa ketiga terpantas selepas ketinggalan 0.525s di belakang pelumba Sepanyol itu.

Dani Pedrosa (Sepanyol) mencatat masa keempat terpantas dan ketinggalan 0.622s di belakang .

Rossi dan Lorenzo dipisahkan 18 mata dalam kedudukan kejuaraan ketika perlumbaan musim ini berbaki tiga pusingan.

Rossi, 36, juara dunia tujuh kali dalam kategori utama memburu gelaran kelas itu sejak kali terakhir melakukannya pada 2009. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 1:08 PM