Rossi akan bermula dari petak belakang pada GP Valencia. - Pix AFP
Rossi akan bermula dari petak belakang pada GP Valencia. - Pix AFP

Lausanne: Valentino Rossi akan memulakan perlumbaan penentuan gelaran juara MotoGP daripada petak terakhir di Grand Prix Valencia Ahad ini.

Pendahulu kejuaraan Rossi gagal dalam rayuan dibuat kepada mahkamah tertinggi sukan, hari ini untuk mengubah penalti dikenakan terhadapnya selepas GP Malaysia bulan lalu.

Rossi, pelumba Yamaha dari Itali mendahului kejuaraan dengan kelebihan tujuh mata di depan pesaing terdekat Jorge Lorenzo dari Sepanyol menjelang perlumbaan terakhir itu.

Dengan 25 mata maksimum untuk kemenangan - Rossi mesti memintas keseluruhan pelumba untuk kedudukan dua teratas di garisan penamat bagi meraih gelaran juara MotoGP, kali terakhir dimenangi pada 2009. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 10:33 PM