KETUA pasukan Malaysia Shukor Adan (dua kiri) bersaing di udara dengan pemain Syria Ahmad Al Salleh (tiga kiri) sementara Azamuddin Mohd Akil (kanan) dan pemain Syria Omar Khrbin (kiri) sedia membantu. FOTO Osman Adnan

PEMAIN Malaysia Mohd Hafiz Kamal cuba melepasi hadangan dua pemain Syria Abdul Razak Al Husein (kiri) dan Mouaiad Alajaan (kanan). FOTO Osman Adnan
PEMAIN Malaysia Mohd Hafiz Kamal cuba melepasi hadangan dua pemain Syria Abdul Razak Al Husein (kiri) dan Mouaiad Alajaan (kanan). FOTO Osman Adnan
SHAH ALAM 12 NOVEMBER 2014. Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (kanan) bersaing dengan pemain Syria, Hamdi Almassri pada aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Syria di Stadium Shah Alam. NSTP/Osman Adnan

SHAH ALAM 12 NOVEMBER 2014. MALKI (tiga kanan) gembira selepas menjaringkan gol kedua Syria. FOTO Osman Adnan
SHAH ALAM 12 NOVEMBER 2014. MALKI (tiga kanan) gembira selepas menjaringkan gol kedua Syria. FOTO Osman Adnan
Oleh Aziman Rosdi

Shah Alam: Skuad Harimau Malaya menerima tamparan hebat menjelang saingan Piala AFF 23 November ini apabila diperlekehkan oleh Syria dengan kekalahan 0-3 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, hari ini.

Dalam aksi padang basah akibat hujan lebat, Malaysia dikejutkan dengan jaringan Nadim Sabag pada minit ke-4.

Anak buah Dollah Salleh cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan namun gandingan serangan yang diterajui Mohd Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha buntu mencari sentuhan penyudah.

Belum sempat Malaysia mengatur gerak pada separuh masa kedua, Syria yang dibimbing Muhannad Al Fakeer menggandakan jaringan hasil tolakan kapten Sanharib Malki untuk menewaskan penjaga gol Farizal Marlias di minit ke-47.

Kelekaan pertahanan serta kegagalan Farizal menolak bola keluar dari kawasan bahaya membawa padah apabila Omar Khrbin menanduk masuk gol ketiga Syria pada minit ke-65.

Harimau Malaya tambah derita apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan tengah Mohd Fadhli Shas dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua pada minit ke-81.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 10:59 PM