KENYATAAN palsu yang disebarkan dan menjadi viral.
KENYATAAN palsu yang disebarkan dan menjadi viral.
Oleh Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Polis menafikan terdapat satu laporan di Balai Polis Mutiara Rini di sini yang kononnya mendakwa lelaki cedera di kemaluan selepas enggan mengadakan hubungan seks dengan isterinya.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, menerusi kenyataan itu turut disertakan gambar kemaluan lelaki hingga menimbulkan keaiban dan kekeliruan kepada mereka yang menerimanya.

"Polis mendapati kenyataan ini adalah palsu dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Nusajaya juga tidak menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak berhubung perkara berkenaan.

"Perkara ini juga menjadi viral dalam aplikasi sosial WhatsApp dan laporan asal merujuk kepada nombor report laporan berkaitan tarik kenderaan oleh pihak kewangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Noor Hashim berkata, polis memandang serius dengan kenyataan palsu berkenaan dan sedang menjalankan siasatan serta tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang menyebarkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 5:59 PM