Oleh Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki melanggar sebuah treler yang rosak di Kilometer 15.9 Lebuh Raya Link Kedua di sini, ketika dalam perjalanan menaiki motosikal ke tempat kerja di Singapura, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, dalam kejadian kira kira 7.20 pagi, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Suami yang berusia 37 tahun manakala isterinya itu berusia 33 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke Singapura dari Kulaijaya dekat sini.

"Punca kemalangan adalah dari kecuaian si mati sendiri yang melanggar belakang tanpa perasan ada kenderaan berhenti di hadapan," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 12:49 PM