SHAFIEN menunjukkan barang yang dirampas daripada suspek. FOTO Mohd Hasbi Sidek
SHAFIEN menunjukkan barang yang dirampas daripada suspek. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun di sekitar daerah ini, pada 8 dan 9 Oktober lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 17 hingga 20 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berbeza di Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek disyaki terbabit dalam beberapa kes samun membabitkan premis makanan dan kedai 24 jam.

"Kami juga merampas dua bilah parang dan satu pistol mainan selain beberapa barang lain.

"Mereka direman sehingga 15 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 12:52 PM