Hafiz nafi mengadakan majlis perkahwinan di Sarawak kerana mahu mengelak diserbu peminat. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Hafiz nafi mengadakan majlis perkahwinan di Sarawak kerana mahu mengelak diserbu peminat. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Selepas bertunang dengan Nureffy Jasreel Abdullah, 22, pada 27 Februari lalu, penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip, 25, memilih 14 Mei tahun depan sebagai tarikh disatukan sebagai suami isteri.

Hafiz memilih mengadakan majlis perkahwinan di Kuching, Sarawak kerana majoriti keluarga kedua-dua pihak menetap di sana.

Bagaimanapun, dia menafikan mengadakan majlis di sana kerana mahu mengelak diserbu peminat.

“Tak terfikir pun mahu lari daripada peminat. Saya cuma mahu memudahkan sanak-saudara hadir ke majlis kami. Jika diadakan di Kuala Lumpur, pasti ramai tidak datang,” katanya.

Menurut Hafiz, selepas selesai majlis pernikahan mereka akan mengadakan majlis bersanding di sebelah pihak perempuan.

“Pada keesokan harinya baru majlis bertandang di tempat saya. Jika tidak ada aral melintang, satu lagi majlis persandingan akan diadakan di Kuala Lumpur,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 4:13 PM