HAFIZ Suip. FOTO arkib NSTP Rohanis Shukri
HAFIZ Suip. FOTO arkib NSTP Rohanis Shukri
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Penyanyi Hafiz Suip, 26, menafikan tunangnya Nureffy Jasreel Abdullah, 23, mengongkongnya dan sering cemburu.

Hafiz berkata, Nureffy lebih kepada sikap mengambil berat, bukannya mengongkong seperti didakwa pihak tertentu.

“Dia tak pernah mengongkong apa yang saya mahu buat. Jika saya ada persembahan dengan mana-mana penyanyi wanita, dia cuba elak untuk mengikut saya.

“Dia bukan cemburu tetapi tidak mahu saya jadi kekok. Pada waktu sama tentu saja saya perlu memikirkan perasaannya. Jadi, dia tak mahu saya berasa serba-salah,” katanya.

Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan pada 14 Mei ini di Kuching, Sarawak.

Hafiz berkata, dia memilih mengadakan majlis di Kuching kerana kebanyakan anggota keluarganya dan Nureffy menetap di sana.

Dalam pada itu, Hafiz juga tidak mengharapkan sebarang tajaan daripada mana-mana pihak dan mahu mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk majlis perkahwinannya.

Menurutnya, jika boleh dia mahu majlis itu berlangsung secara sederhana dan menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri kerana ia dirasakan lebih bermakna.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 5:40 PM