Klopp (dua dari kiri) bersama keluarganya meninjau apartmen di kawasan Sefton Park. - Pix Daily Mail
Klopp (dua dari kiri) bersama keluarganya meninjau apartmen di kawasan Sefton Park. - Pix Daily Mail

London: Jurgen Klopp bukan saja menggantikan tugas Brendan Rodgers di Liverpool malah menetap di apartmen bekas pengurus terbabit di Merseyside.

Foto ekslusif jurulatih dari Jerman itu dirakam oleh Daily Mail ketika meninjau apartmen dianggarkan berharga £1.2 juta pound (RM7.6 juta).

Klopp membayar sewa £4,000 (RM25,000) sebulan dengan duit sendiri.

Dia dilihat bersama isteri dan anaknya berada di kawasan apartmen bersama pegawal keselamatan yang juga pemandunya dan pegawai seranta kelab itu Ray Haughan.

Klopp meminta penyokong Liverpool bersabar dalam usaha mengembalikan semula reputasi Reds selaku pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL). - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 2:38 PM