FOTO kiriman pembaca Harian Metro ketika pesawat terpaksa dilencong ke Langkawi berikutan masalah cuaca. FOTO ihsan pembaca Harian Metro
FOTO kiriman pembaca Harian Metro ketika pesawat terpaksa dilencong ke Langkawi berikutan masalah cuaca. FOTO ihsan pembaca Harian Metro
Oleh Mohamad Hussin

Alor Setar: Pesawat Air Asia AK6012 dari Kuala Lumpur ke Alor Setar terpaksa dilencongkan dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), pagi ini berikutan cuaca buruk.

Penerbangan yang dijadual mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini, pada jam 8.10 pagi, dilapor mendarat di LTAL jam 8.25 pagi.

Bagaimanapun, pesawat berkenaan diterbangkan semula ke Alor Setar selepas mengisi minyak dan mendarat di LTSAH jam 9.40 pagi.

Pengurus LTAL Abdul Halim Othman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 3:21 PM