Nicol kecewa IOC tolak senarai skuasy dalam Sukan Olimpik 2020.
Nicol kecewa IOC tolak senarai skuasy dalam Sukan Olimpik 2020.
Oleh Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David kecewa apabila acara skuasy diketepikan daripada disenarai pendek untuk temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bukan kerana dia tidak berpeluang untuk menyertai temasya terbesar dunia itu namun selepas usaha keras yang dilakukan, pastinya khabar itu amat mendukacitakannya yang pernah bergelar pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun.

Selepas berjuang melobi acara itu bagi dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik, jawatankuasa penganjur Tokyo 2020 mengetepikan acara skuasy.

Bekas pemain nombor satu dunia itu berusaha keras sepanjang tahun untuk cuba meyakinkan IOC bagi menyenaraikan skuasy di Olimpik dan menyifatkan penolakan itu sebagai sesuatu yang mengecewakan.

“Saya dan barisan jawatankuasa skuasy berusaha sehabis baik melobi dan meyakinkan IOC namun nasib tidak menyebelahi sukan ini dan sekali lagi skuasy gagal untuk disenaraikan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 6:39 AM