IMPIAN Nicol (kanan) beraksi di Olimpik berkecai.
IMPIAN Nicol (kanan) beraksi di Olimpik berkecai.
Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Harapan untuk menyaksikan ratu skuasy negara Datuk Nicol David menyumbangkan pingat pada temasya Olimpik terkubur apabila sukan itu tidak akan dipertandingkan di Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Nicol yang akan berusia 37 tahun pada 2020 sudah pasti tidak dapat beraksi di temasya terbesar dunia itu selepas sukan itu diketepikan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Semalam IOC memutuskan untuk mengetepikan skuasy, bowling dan wushu daripada lima sukan disenarai pendek untuk dipertimbangkan bagi dipertandingkan pada temasya 2020 dengan Tokyo selaku tuan rumah memilih besbol/sofbol, karate, skateboard, sukan climbing dan luncur air.

Biarpun skuasy diketepikan, acara karate yang berada dalam senarai lima sukan itu mungkin boleh memberi harapan baru buat negara yang kini memburu emas pertama di temasya berprestij itu berdasarkan pencapaian atlet negara di peringkat dunia.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo berkata, beliau tidak menganggap pengguguran skuasy itu sebagai mengecewakan kerana melihat negara mempunyai barisan atlet berkualiti dalam sukan skateboard, climbing dan luncur air.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 7:06 AM