PEMANDANGAN di sekitar Jeti Pelabuhan Klang kurang jelas ekoran keadaan jerebu yang melanda hari ini. FOTO Faiz Anuar
PEMANDANGAN di sekitar Jeti Pelabuhan Klang kurang jelas ekoran keadaan jerebu yang melanda hari ini. FOTO Faiz Anuar
Oleh Mohd Hasbi Sidek


Shah Alam: Universiti Selangor (UNISEL) menangguhkan operasi bagi Kampus Shah Alam esok susulan masalah jerebu yang melanda daerah ini.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Anuar Ahmad berkata, operasi institusi berkenaan akan bermula semula pada 29 September.

"Berikutan masalah jerebu yang melanda Lembah Klang terutama Shah Alam, UNISEL mengambil keputusan untuk menangguhkan operasi bagi Kampus Shah Alam esok.

"Bagaimanapun penangguhan ini tidak membabitkan operasi Kampus Bestari Jaya.

"Segala makluman penangguhan lain akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh pihak universiti," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 8:04 PM