BAS terbabas dan terbalik selepas cuba mengelak lori. FOTO ihsan Bomba

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Seorang pelajar patah bahu, tiga cedera, manakala 19 lagi terselamat selepas bas sekolah yang membawa 23 pelajar terbabas dan terbalik di Jalan Seelong, Senai pagi tadi.

Dalam kejadian 6.45 pagi itu, bas sekolah yang membawa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senai dekat sini, cuba mengelak lori dari arah bertentangan sebelum terbabas dan tergelincir ke bahu kiri jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai, Deputi Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, bas sekolah terbabit jatuh ke longkang kecil di kiri jalan selepas terbabas kerana pemandu bas berusia 35 tahun cuba mengelak lori dari arah bertentangan yang sebelum itu memotong sebuah motosikal.

"Semua pelajar yang berada dalam bas berkenaan berusia antara 15 hingga 17 tahun, manakala pemandu bas dilaporkan tidak cedera," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 12:09 PM