Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh tembok batu di tengah jalan di Kilometer 14, Jalan Genting-Kuala Lumpur, pagi tadi.

Dalam kejadian 6.10 pagi itu, mangsa yang memandu kereta berkenaan dikenali sebagai Chan Chee Ching, 31 disahkan maut di lokasi kejadian.

Rakannya, Tan Yoon Boon, 29 dari Taman Desa Idaman Klang, Selangor mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.

Menurut jurucakap polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, kejadian itu dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh tembok batu terbabit.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 12:59 PM