Oleh Siti A'isyah Sukaimi

Sepang: Sebuah premis perbankan di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini dilaporkan terbakar awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku jam 3.19 pagi tadi dipercayai bermula dari bilik server di premis perbankan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) Yahya Mohd Sham berkata, berikuatan itu, seramai 17 anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat KLIA bergegas ke tempat kejadian dan tiba di sana jam 3.27 pagi.

"Kebakaran di premis perbankan itu berjaya dikawal kira-kira jam 4.15 pagi.

"Kita masih menyiasat punca kejadian termasuk anggaran kerugian akibat kejadian ini," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Oktober 2014 @ 10:50 AM