KEBAKARAN yang membabitkan lapan unit rumah kedai di Jalan Sungai Emas, Kota Kuala Muda. FOTO Ihsan Bomba
KEBAKARAN yang membabitkan lapan unit rumah kedai di Jalan Sungai Emas, Kota Kuala Muda. FOTO Ihsan Bomba
Zuliaty Zulkiffli


Sungai Petani: Dua individu maut dalam kebakaran membabitkan lapan unit rumah kedai dua tingkat di Jalan Sungai Emas, Kota Kuala Muda, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, mayat pertama ditemukan pada 3.19 pagi, manakala mayat kedua ditemukan pada 6 pagi.

"Kami difahamkan terdapat tiga mangsa dalam kejadian ini, namun hanya dua mangsa sudah ditemukan dan operasi mencari seorang lagi mangsa sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 1.12 pagi.

Susulan itu katanya, sepasukan anggota masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu dan Kota Kuala Muda tiba dikejarkan ke lokasi.

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi pemadaman masih dilakukan di lokasi kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2023 @ 8:37 AM