PENGHIBUR, penyanyi, pencipta dan penulis lagu, Jon Bon Jovi, mempamerkan persembahannya di Stadium Merdeka, malam tadi. Ini adalah kali kedia Bon Jovi mengadakan konsert di Malaysia. Kali pertama di Shah Alam, pada 1995. FOTO Nik Hariff Hassan

Oleh Riadz Radzi

Kuala Lumpur: Lebih 30,000 penonton membanjiri Stadium Merdeka, di sini, bagi menyaksikan Konsert Bon Jovi Live In Malaysia, di sini, malam tadi.

Ini adalah kali kedua kumpulan rock asal New Jersey, Amerika Syarikat ini mengadakan konsert di Malaysia.

Kali pertama Bon Jovi mengadakan konsert di negara ini ialah pada Mei 1995 di Stadium Shah Alam.

Dalam konsert anjuran IMC Live (M) Sdn Bhd ini, Bon Jovi membawakan lagu-lagu popular mereka sejak 1986 seperti I'll Sleep When I'm Dead, You Give Love A Bad Name, Living On A Prayer, Wanted Dead Or Alive, Bad Medicine dan banyak lagi.

Penonton yang teruja dengan kehadiran Bon Jovi selepas 20 tahun mula membanjiri perkarangan stadium sejak 3 petang lagi walaupun persembahan bermula pada 8.30 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2015 @ 11:21 PM