POTONGAN dihasilkan dengan teliti bukan saja penuhi syariat malah anggun bergaya.
POTONGAN dihasilkan dengan teliti bukan saja penuhi syariat malah anggun bergaya.
POTONGAN dihasilkan dengan teliti bukan saja penuhi syariat malah anggun bergaya.
POTONGAN dihasilkan dengan teliti bukan saja penuhi syariat malah anggun bergaya.
POTONGAN dihasilkan dengan teliti bukan saja penuhi syariat malah anggun bergaya.
POTONGAN dihasilkan dengan teliti bukan saja penuhi syariat malah anggun bergaya.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Berlatarbelakangkan kota Amsterdam dan Utrecht, Belanda dengan seni bina mengagumkan menjadi pilihan jenama Chemboja bersama koleksi tudung Abu Dhabi dalam mengetengahkan himpunan terkini mereka bertemakan gaya percutian meriangkan.

Gabungan rona versatil empat musim menjadi idea pereka dalam menyesuai padan setiap helaian bersaksikan kota air romantik tercantik pilihan warga Eropah ini.

Lebih istimewa apabila lima padanan digayakan model terkenal yang membina kerjaya di Amsterdam, Ikram Aqantos yang cukup menyerlah apabila setiap satunya disarung pada tubuh tinggi lampai model berwajah Timur Tengah.

Walaupun berada jauh nun di Eropah, objektif penggambaran bertemakan percutian ini sebagai inisiatif pertama Chemboja dan Tudung Abu Dhabi untuk pasaran Eropah. Ia juga membuktikan hasil rekaan anak tempatan mampu diterima Muslimah di sana memandangkan rekaannya yang versatil.

Antara koleksi Chemboja yang menjadi pilihan peminat fesyen sopan di Amsterdam ialah gaun orkid, daffodil black top, seluar lilac dan gaun ivy yang nyata memberikan penggayaan berbeza. Menariknya, setiap potongan dihasilkan dengan cukup teliti bukan saja memenuhi syariat malah tampil anggun bergaya.

Skirt kembang pelbagai warna nyata anggun dipadankan blaus hitam, begitu juga gaun labuh berlatar rona hitam dan jingga menjadikan penampilan lebih sempurna. Keunikan Chemboja menerusi seluar yang boleh diubah suai mengikut ukuran badan seseorang. Dengan tali

pinggang ala reben, penampilan wanita semakin bergaya.

Setiap padanan sesuai untuk percutian juga musim perayaan. Gabungan rona terang seperti hijau, jingga, merah, ungu dan merah jambu bersama latar warna hitam menjadikan penampilan lebih menyerlah. Begitu juga dengan koleksi tudung Abu Dhabi yang memberikan keceriaan pada si pemakai apabila tampil dengan rona terang dan juga warna asas hitam.

Sebagai tanda pengenalan jenama ini di Eropah, sudah semestinya ia cukup memikat apabila mengetengahkan rona terang kerana lari daripada warna pakaian Muslimah yang sering digayakan wanita Timur Tengah.

Sesi fotografi yang dikendalikan Atiya Media di Malaysia bersama Hijabvisers di Amsterdam ini dijayakan oleh jurugambar terkenal Malaysia, Wan Izhar Abu Bakar yang juga pemilik One Digital Solution.

Koleksinya boleh didapati menerusi http://chemboja.com/, Instagram dan Facebook (chemboja) atau Butik Chemboja, Ampang Park, Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2015 @ 5:01 AM