SOFEA
SOFEA
SAFFIYAH
SAFFIYAH
MYRA
MYRA
JULIAN
JULIAN
DESIREE
DESIREE
DARWINA
DARWINA
CHLOE
CHLOE
Intan Mas Ayu Shahimi


Aidilfitri ini jenama fesyen Muslimah Dressy Donna membawakan pelbagai pilihan busana, kurung ringkas dan tudung menarik untuk digayakan sepanjang lebaran.

Kurung Darwina, Sofea dan Safiyyah antara koleksi paling sesuai untuk menyambut raya pertama bersama keluarga dan sanak-saudara. Potongan ringkasnya menjadikan kurung ini selesa dipakai terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Namun bagi yang mementingkan gaya, lipatan dan perincian ringkas, Dress Julian boleh dijadikan pilihan. Suai padankan busana atau kurung kesukaan dengan pilihan tudung ringkas dan berkualiti pada harga berpatutan.

Dress Julian

Koleksi ini diilhamkan daripada gaun tradisi Greek. Selain nampak elegan, gaun ini memberi kesan langsing dengan perincian pada bahagian pinggang. Ia mencipta kelainan pada belahan labuh di pergelangan tangan yang sesuai digayakan oleh penggemar fesyen.

Mementingkan keselesaan si pemakai, busana ini menggunakan fabrik krep dan tidak melekap pada tubuh. Dress Julian boleh digayakan ibu menyusu dan mesra wuduk. Terdapat empat pilihan warna iaitu hijau, biru, merah jambu dan biru lembut.

Kurung Darwina

Kurung polos dengan potongan moden ini membuatkan si pemakai tampak manis. Perincian organza rona hitam di hujung baju dan lengan pula menonjolkan gaya glamor.

Kurung mesra wuduk ini menggunakan fabrik krep, selesa dipakai dan tidak melekap pada tubuh. Ia boleh didapati dalam tiga warna iaitu krim, hijau dan merah jambu.

Kurung Sofea

Keistimewaan koleksi baju kurung fabrik krep yang diimport dari Jepun ini terletak pada rekaan lipatan di bahagian bawah baju. Perincian di bahagian hadapan baju pula menaikkan lagi seri baju kurung, sekali gus menyerlahkan keanggunan si pemakai.

Ia juga mesra wuduk. Pilihan baju kurung ini terdapat dalam empat warna menarik iaitu biru laut, hijau lumut, merah jambu dan coklat. Bagi yang bertubuh besar, kurung Sofea turut didatangkan dalam saiz sehingga XXL.

Kurung Safiyyah

Koleksi ini diinspirasikan daripada corak moden eksklusif untuk menyerlahkan karaktr wanita dinamik. Menggunakan fabrik krep sutera, baju kurung ini tidak melekap pada tubuh, lembut dan selesa digayakan.

Desiree

Didatangkan dengan motif pelbagai termasuk flora, abstrak dan geometri. Ia adalah koleksi selendang berukuran panjang dan tudung segera. Menggunakan fabrik sifon georget berkualiti tinggi yang diimport dari Korea, koleksi ini sentiasa mendapat perhatian penggemar hijab.

Chloe Glam

Selendang polos dengan kesan kilauan yang klasik ini sempurna digayakan pada lebaran. Menggunakan fabrik krep, selendang ini didatangkan dalam 10 warna menarik berdasarkan kajian pasaran untuk 2017.

Myra

Rekaan tudung segera ini penuh gaya. Hanya disarungkan di kepala, tudung sedia lilit ini amat sempurna, apatah lagi dengan alunan yang tampak semula jadi. Labuhnya juga boleh dilaras mengikut kehendak si pemakai. Diperbuat daripada fabrik sifon, Myra datang dalam 10 rona menarik terdiri daripada warna pastel dan terang.

Koleksi wajib dimiliki ini menyasarkan wanita yang mementingkan penampilan diri yang unik dan elegan.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu bermula pada harga RM43 hingga RM80 untuk hijab manakala RM69 hingga RM249 untuk busana.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 12:01 AM