GINCU sesuai untuk semua warna kulit wajah.
GINCU sesuai untuk semua warna kulit wajah.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Tambah penampilan menarik pada bibir menawan dengan olesan gincu terkini, Sugarbelle yang dicipta secara inovatif buat wanita yang begitu mementingkan gaya sempurna.

Menawarkan lima rangkaian gincu jenis krim seperti Sugar Pink, High Class Res, Lustre Res, Pink Paris dan Nude Kisses mampu menampilkan gaya ceria dan penuh yakin kepada si pemakai.

Tanpa mengira gaya diinginkan, ia sesuai dipakai untuk apa saja majlis bertemakan kasual, formal mahupun makan malam istimewa untuk menonjolkan keunikan pada penampilan.

Menariknya, variasi rona yang diperkenalkan juga boleh disesuaikan untuk semua warna kulit wajah yang berbeza. Rangkaian gincu yang terbaru ini diilhamkan oleh dua sahabat yang menjalankan perniagaan busana Muslimah serta hijab.

Gabungan idea pemilik Sugarscarf, Nur Atiqah Sulaiman dan Bella Ammara, Belle Al-Yahya ini menyasarkan semua golongan yang begitu mementingkan kecantikan serta penampilan bermula daripada pelajar, wanita berkerjaya hinggalah jurumekap artis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 4:49 AM