PEMAKAIAN lipstik menyerlahkan penampilan wanita.
PEMAKAIAN lipstik menyerlahkan penampilan wanita.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my


Satu calitan gincu di bibir sudah cukup menambahkan seri wanita yang mahu tampil berkeyakinan, malah menyerikan wajah daripada kelihatan tidak bermaya.

Bagi kebanyakan wanita, gincu ialah alat solek yang sangat penting untuk penampilan wajah dan memberikan warna untuk bibir semakin segar dan berseri.

Justeru tidak hairanlah terdapat puluhan jenama yang menawarkan pelbagai jenis gincu sama ada dalam bentuk batang atau lembapan yang menjadi pilihan wanita dan semuanya pasti mempunyai kelebihan tersendiri.

Malah, tidak keterlaluan dikatakan gincu ‘penyelamat’ buat wanita yang sibuk atau tiada masa untuk mengenakan solekan tebal di wajah. Pasti dalam setiap beg tangan wanita, ia tersimpan rapi untuk digunakan pada bila-bila masa saja.

Terbaru, hasil gabungan dua butik Bella Ammara dan Sugarscarf memeriahkan industri kosmetik dengan menawarkan rangkaian gincu bibir Sugar Belle sejak Sep­tember lalu.

Bella Ammara dan Sugar Scarf sudah mempunyai nama besar dalam industri fesyen tanah air, idea untuk menghasilkan produk kosmetik ini sebagai batu loncatan untuk kedua-dua jenama mengembangkan sayap perniagaan mereka.

Jenama berkenaan sememangnya menyasarkan golongan Muslimah dalam strategi pemasaran mereka dengan penubuhan Sugar Belle, ia mampu merangkumi golongan pengguna lebih luas termasuk bukan muslim.

Menurut pengasas Sugar Belle, Bella Al Yahya dan Eyqa Sulaiman, Sugar Belle bermula dengan lima produk utamanya iaitu lipstik High Class Red yang berwarna merah dan Nude Kisses berwarna asli.

Kini ia tampil dengan konsep nude yang sesuai untuk individu yang gemarkan konsep sederhana dalam penampilan mereka.

“Ia bakal memberi hasil lebih menarik atau tidak terlampau menonjol sesuai dengan konsep fesyen masa kini yang menekankan konsep warna lembut.

“Rangkaian lipstik Sugar Belle diimport dari Korea. Umum mengetahui negara itu satu nama besar dalam industri kosmetik, jadi pemilihan Korea sebagai pembekal untuk memberi kualiti tinggi kepada pengguna di samping hasil yang terbaik untuk pelanggan kami.

“Kelebihan produk ini antaranya sangat lembut dan mesra pengguna di samping penawaran warna yang mengikut perkembangan fesyen terkini,” katanya.

Semua produk Sugar Belle boleh didapati di butik Bella Ammara, rangkaian dropship berdaftar, Instagram Sugarbelle atau laman web www.sugarbelle.com.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 6:00 AM