ANTARA kombinasi dua warna gincu yang menarik.
ANTARA kombinasi dua warna gincu yang menarik.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Setiap kali berganti tahun atau musim, pasti ada gaya solekan yang diperkenalkan untuk menjadikan penampilan tampak segar, mengikut trend semasa dan kelihatan unik.

Jika jenama pakaian sibuk mengkaji dan membuat eksperimen mengenai gaya fesyen terkini, label produk kecantikan tidak kurangnya apabila berusaha menampilkan teknik solekan menarik.

Misalnya, teknik adunan pemakaian gincu dua rona berbeza dalam satu masa. Jika tidak kena gaya, pasti penampilan bibir tampak pelik dan janggal.

Namun, Laneige ada penyelesaian tersendiri untuk memastikan solekan di bahagian bibir tampak menawan dan memberi kesan menakjubkan kepada wanita hari ini.

Jenama produk kecantikan Korea Selatan itu berkongsi rahsia teknik mengadun dua rona gincu yang berbeza untuk menampilkan gaya solekan unik dan menarik.

Memperkenalkan gincu berdefinisi tinggi, Two Tone Lip Bar dengan kombinasi warna optimum dalam satu bar. Dua warna sepadan digabungkan dalam bentuk berpetak atau segi empat tepat bagi memudahkan si pemakai menggayakannya di bahagian atas, bawah dan tengah bibir.

Melalui gincu berkenaan, setiap wanita boleh mendapatkan kesan padanan warna pada bibir secara semula jadi tanpa menonjolkan gaya pelik serta tidak sepadan dengan diri.

Potongan bar yang berpenjuru dan tekstur lembapan membantu memastikan gincu mudah disapu pada bibir dengan mengaburkan warna garisan gincu di bahagian tengah bibir.

Kehadiran gel di dalam bekas gincu membantu mengelakkan kerosakan tekstur gincu selain ia mudah ditolak keluar tatkala mahu digunakan.

Proses mencipta pigmen warna membantu memberi kesan seperti cat air yang lebih efektif dan jelas. Selain itu, pigmen warna yang ditampilkan juga memberikan kesan berkilau pada bibir tanpa menyebabkan olesan gincu menjadi bertompok atau comot.

Sebaiknya, gunakan kedua-dua warna pada gincu berkenaan bagi memberi kesan imbangan solekan pada bibir. Cara terbaik untuk mengadun rona gincu berkenaan ialah gunakan warna utama atau lebih terang di bahagian tengah bibir dan ton kedua (sedikit lembut) di luar bibir.

Terdapat 10 rona pilihan yang ditampilkan antaranya Magenta Muse, Red Blossom, Pink Salmon, Daring Darling, Neon Juice dan Burgundy Love.

Kurangkan masalah pigmentasi

Selain solekan, kulit wajah yang menawan bermula daripada rejim penjagaan muka yang sesuai dan rapi. Justeru, pemilihan produk yang sesuai dengan jenis atau masalah kulit sangat penting bagi membantu mengekalkan kesihatan dan kecantikan wajah.

Faktor hormon dan tekanan alam sekitar boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit termasuk tetua (tompokan berwarna kecokĀ­latan pada kulit), jerawat, pigmentasi dan garis kedutan.

Kehadiran pigmentasi boleh dilihat menerusi bintik hitam atau coklat pada wajah, biasanya kelihatan pada kulit selepas berlaku kerosakan. Tanpa penjagaan yang rapi, ia boleh menyebabkan tekanan terutama kepada golongan yang begitu mementingkan penampilan wajah.

Sesetengah masalah pigmentasi boleh hilang selepas rawatan namun ia akan berulang selepas beberapa tempoh selepas itu. Ia berlaku disebabkan perubahan warna di sekitar kulit yang rosak akibat pigmentasi kronik.

Justeru, White Plus Renew Spot Ampoule yang ditampilkan jenama berkenaan, baru-baru ini memberi tumpuan terhadap proses pemutihan di bahagian kulit yang terjejas.

Ia adalah produk tambahan dalam rangkaian penjagaan wajah sedia ada, White Plus Renew yang membantu menyelesaikan masalah pigmentasi pada kulit muka.

Kesan pencerahan dan penghidratan terkandung di dalam kedua-dua rangkaian produk berkenaan untuk membantu mencegah dan menyelesaikan masalah pigmentasi.

Namun, perkara yang membezakannya ialah ia mengandungi dua kali ganda polisakarida ekstrak teh hijau yang membantu mengurangkan keradangan dan melembutkan kulit.

Ia boleh digunakan pada waktu siang dan malam pada bahagian kulit yang terjejas selepas wajah dibersihkan dan menggunakan White Plus Renew Skin Refiner and Emulsion.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 10:49 AM