KOLEKSI terbaru Avon, ‘Avon Perfectly Matte Lipstick’.
KOLEKSI terbaru Avon, ‘Avon Perfectly Matte Lipstick’.

Selamat tinggal gincu matte kusam yang mengeringkan bibir! Revolusi matte terunggul kini tiba untuk menyelamatkan penampilan anda!

Avon memperkenalkan trend matte terkini, ‘Avon Perfectly Matte Lipstick’ - gincu matte yang lembut tanpa mengering, merekah atau merengsa.

Warna matte biasa di pasaran selalunya datang dengan dua masalah iaitu sama ada ia selesa namun masih tampak kilat atau terlalu kering sehingga warnanya merekah, berbelak dan menjadikan bibir kasar.

Untuk menyelesaikan masalah itu, saintis Avon mencipta gabungan eksklusif 100 peratus bahan matte tulen, menghasilkan kombinasi sempurna antara rona matte sejati dengan pemakaian yang kekal selesa.

Avon Perfectly Matte Lipstick memberikan matte tulen selembut baldu yang bebas daripada kilauan. Kemasannya yang versatil meluncur mudah di bibir dan tidak merekah atau berbelak.

Gincu matte baru ini datang dalam 10 rona nude, plum dan merah menawan: Hot Plum, Coral Fever, Mauve Matters, Ruby Kiss, Au Naturale, Wild Cherry, Ideal Lilac, Ravishing Rose, Splendidly Fuchsia dan Pure Pink. Ia boleh didapati dengan harga RM25.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM29.80 untuk Sabah Sarawak.

Bukan itu sahaja, gincu baru ini turut ditemani True Matte Eyeshadow Quad iaitu empat palet pembayang mata matte baru yang mengiringi setiap rona gincu.

Setiap quad mempunyai empat rona sepadan yang tidak berkeping atau memudar. Untuk penampilan matte lengkap, gunakan juga bedak asas Ideal Oil Control Plus Dual Powder.

True Matte Eyeshadow Quad boleh didapati dengan harga RM35 bagi Semenanjung dan RM40.30 untuk Sabah dan Sarawak.

Avon Perfectly Matte Lipstick dan True Matte Eyeshadow Quad mula dipasarkan pada 16 Mei lalu. Untuk keterangan lanjut, layari www.my.avon.com.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2016 @ 5:00 AM