EYQA (dua dari kiri) melayan seorang daripada tetamunya.
EYQA (dua dari kiri) melayan seorang daripada tetamunya.
KOLEKSI terbaru daripada Sugarscarf.
KOLEKSI terbaru daripada Sugarscarf.
BARISAN model bergambar bersama Eyqa (empat dari kanan) pada pelancaran koleksi terbaru jenama itu.
BARISAN model bergambar bersama Eyqa (empat dari kanan) pada pelancaran koleksi terbaru jenama itu.
Faizatul Farlin Farush Khan

Jenama tempatan yang memberi fokus kepada tudung anggun dan mewah Sugarscarf meraikan kejayaan mereka meletakkan jenama itu di peringkat antarabangsa pada satu majlis berkonsepkan rumah percutian Melayu klasik.

Majlis Sugarscarf Escapade 2016 yang menggabungkan tema putih dan emas itu, diadakan sempena kejayaan memperkenalkan jenama itu di Sugarscarf London Fashion Showcase tahun lalu.

Seiring dengan pengenalan itu, jenama terbabit juga melancarkan butik dalam talian di United Kingdom (UK) dan terus mengukuhkan posisi jenama di pasaran London.

Malah, pada September tahun ini, jenama itu akan turut melancarkan penampilan baru dan memperkenalkan koleksi terbaru untuk peminatnya di UK.

Menurut pengasas Sugarscarf, Eyqa Sulaiman, jenama itu sudah berkembang pesat sejak ia ditubuhkan pada 2008.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami bangga dapat membawa jenama ini ke peringkat lebih jauh hingga persada antarabangsa kerana ia juga batu loncatan untuk produk tempatan meluaskan pasaran hingga ke luar negara.

“Bersandarkan minat pada rekaan tudung, kami mahu memberi inspirasi dan harapan kepada wanita, kesihatan kanak-kanak dan komuniti pada masa hadapan.

“Inilah cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita yang memberi motivasi untuk kami bekerja keras dan membuat perubahan positif dalam masyarakat,” katanya.

Pada majlis itu, rekaan tudung terbaru jenama terbabit turut dilancarkan termasuk koleksi Madison yang mempunyai peminatnya tersendiri.

Dihasilkan dengan material berkualiti, setiap rekaan diserikan dengan gaya klasik dan sofistikated yang juga menjadi identiti eksklusif kepada jenama terbabit.

Koleksi Hope iaitu rekaan tudung terbaru daripada jenama itu turut dilancarkan secara besar-besaran, dengan sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan untuk aktiviti kebajikan bagi membantu memberikan kehidupan lebih baik kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang tidak mendapat bekalan air bersih.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Julai 2016 @ 6:24 AM