OLESAN gincu mampu mengubah penampilan wajah.
OLESAN gincu mampu mengubah penampilan wajah.

Biarpun tanpa solekan tebal, wajah tampak berseri dengan olesan gincu. Namun, pastikan rona dan formula gincu yang dipilih menepati ciri diinginkan termasuk tidak mengeringkan kulit bibir.

Mungkin ada yang gemarkan olesan gincu dengan liputan penuh dan tebal bagi menonjolkan penampilan glamor, seksi dan menawan, namun tidak kurang juga yang lebih sukakan gaya sederhana dengan sapuan tipis.

Sering dikenali dengan rangkaian produk mekap profesional, Make Up Forever (MUFE) tidak jemu menampilkan alat solek dengan ciptaan berinovasi dan kini jenama itu menampilkan barisan gincu dengan warna menarik.

Pekat, berkrim dan tahan lama, antara ciri diinginkan ketika memilih gincu. Jika mudah disapu pada bibir dan nampak penuh, ia menjadi satu kelebihan bagi gincu yang digayakan.

Bersama ciri berkenaan, formula kaya pigmen itu juga menjadikan dereten gincu dalam rangkaian Artist Rouge sememangnya menarik perhatian.

Boleh didapati dalam 46 warna pilihan sama ada jenis krim atau matte, pemakaiannya dikatakan mampu tahan lama hingga lapan jam sekali gus menjadikan penampilan tampak berseri di mana saja.

Rangkaian gincu berinovatif itu memudahkan sapuan, memberi liputan menyeluruh dan meninggalkan kesan lembapan pada bibir di samping mengelakkan kekeringan bagi memberi keselesaan berpanjangan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 5:00 AM