ROHIMAH Awang Hitam menujukkan simbolik RM1 yang disimpan setiap hari selama 44 tahun.
ROHIMAH Awang Hitam menujukkan simbolik RM1 yang disimpan setiap hari selama 44 tahun.
Oleh Siti Sofia Md Nasir

Georgetown: Kegigihan menabung sekurang-kurangnya RM1 setiap hari hasil upah menoreh getah selama 44 tahun lalu nyata berbaloi buat Rohimah Awang Hitam, 71, apabila hasrat untuk menunaikan ibadat haji menjadi kenyataan, tahun ini.

Walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda kerana sakit sendi, Rohimah berkata, perasaannya begitu terharu dan gembira ketika menerima surat tawaran mengerjakan haji daripada Tabung Haji (TH).

“Semasa kudrat saya masih kuat beberapa tahun lalu, saya akan pastikan menabung sekurang-kurangnya RM1 setiap hari kerana mahu pergi haji. Bila tabung sudah penuh, saya terus pergi ke TH untuk simpan duit itu supaya tidak digunakan.

“Alhamdulillah, syukur sangat kerana akhirnya dapat juga menunaikan Rukun Islam kelima. Perasaan seronok yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” katanya yang berasal dari Grik, Perak.

Rohimah yang ditemani anaknya, Abdul Maulud Mat Zain, 49, adalah antara 279 jemaah haji kumpulan kedua yang berlepas dari Kompleks TH Bayan Lepas menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2015 @ 7:38 AM