BAHAN-bahan.
BAHAN-bahan.
1. TUMIS bawang putih dan bawang merah bersama garam secukup rasa.
1. TUMIS bawang putih dan bawang merah bersama garam secukup rasa.
2. MASUKKAN bahan B.
2. MASUKKAN bahan B.
3. MASUKKAN tomato dan lada benggala.
3. MASUKKAN tomato dan lada benggala.
4. MASUKKAN bahan C.
4. MASUKKAN bahan C.
5. TAMBAHKAN bahan A sehingga masak.
5. TAMBAHKAN bahan A sehingga masak.
PASTA kekupu salmon.
PASTA kekupu salmon.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin berehat, merawat dan memulihkan tubuh. Justeru, pemakanan yang baik menjadi kunci utama untuk membolehkan ibu terus kekal sihat.

Bagaimanapun, terdapat segelintir anggota masyarakat terutama orang Melayu yang mengamalkan pantang larang yang ketat dalam pengambilan makanan ketika berpantang dan mereka juga sering mengaitkan makanan tertentu dengan kemudaratan kepada ibu selepas bersalin dan perlu dielak ketika tempoh itu.

Ada juga yang begitu tegas mengikut tradisi nenek moyang dalam pengambilan makanan ketika berpantang, contohnya tidak boleh mengambil makanan laut, ayam atau daging, sebaliknya hanya boleh makan ikan bilis, ikan kering dan lada hitam.

Sebenarnya, tiada diet atau makanan khusus ketika ibu berpantang, yang penting adalah pengambilan makanan seimbang dan sihat perlu diamalkan untuk kekal sihat.

Chef Eksekutif Pusat Perubatan Sunway Hanafi Mohamed berkata, lazimnya, pengambilan makanan ibu ketika berpantang banyak dipengaruhi kepercayaan pantang larang yang diamalkan masyarakat di negara ini.

Memang tiada halangan jika ibu ingin mengamalkan pantang larang dalam pemakanan tetapi makanan yang diambil perlu seimbang untuk membekalkan nutrien penting kepada tubuh.

“Tambahan pula selepas bersalin, ibu perlu menyusui bayi dan sekiranya mereka tidak mengamalkan diet yang betul ia boleh menyebabkan si ibu tidak bertenaga yang secara tidak langsung turut memberi kesan kepada si kecil.

“Banyak makanan yang kaya nutrien penting untuk ibu berpantang dan menyusukan bayi. Misalnya, ikan salmon yang terbukti sebagai makanan yang merangsang pengeluaran susu badan.

“Jadi, banyak resipi berkhasiat yang kita boleh cuba supaya tidak membosankan. Selain nasi, sesekali kita boleh ubah selera dengan menggantikan pasta dalam diet semasa berpantang,” katanya.

Chef Hanafi menunjukkan cara memasak pasta kekupu salmon yang sesuai untuk ibu berpantang atau yang menyusui bayi.

BAHAN-BAHANNYA:

- 50g kepingan salmon

- 600g pasta kekupu

- 200g brokoli

- 350g cendawan butang (tin)

- 125ml minyak jagung

- 15g herba campuran

- 40g bawang putih, dihiris

- 80g bawang merah, dihiris

- 150g lobak merah

- 750g tomato, dihiris

- 250g lada benggala (kuning/merah), dihiris

- 5g lada hitam

- 15 g garam

PENYEDIAAN

A. Perap kepingan salmon dengan sedikit garam dan lada hitam.

B. Celur brokoli dan lobak merah dalam air mendidih dan tambah sedikit minyak.

C. Rebus pasta dalam periuk lain sehingga lembut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 8:58 AM