Rosberg mendapat inspirasi baru karier F1 dengan kelahiran anak sulung perempuan. - PIX XPB IMAGES
Rosberg mendapat inspirasi baru karier F1 dengan kelahiran anak sulung perempuan. - PIX XPB IMAGES

Monaco: Pelumba Formula Satu (F1) Nico Rosberg kini bergelar bapa selepas isterinya Vivian selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Rosberg meninggalkan Grand Prix Belgium lebih awal baru baru ini kerana mahu bersama isterinya sempat mengirim gambar melalui Twitter minggu lalu dengan hashtag #NoNews sewaktu menunggu kelahiran anak sulungnya.

Bagaimanapun pemandu Mercedes itu sekali lagi menulis Twitter pagi ini untuk mengesahkan kelahiran cahaya matanya, semalam.

"Anak perempuan kami dilahirkan pada bulan penuh," kata pemandu dari Jerman itu.

"Kami gembira dan benar benar merasai kemanisan percintaan. Harap semua yang terbaik, V + N (Vivian dan Nico)."

Rosberg turut mengirimkan mesej ucapan terima kasih kepada pasukan perubatan di Hospital Princess Grace di Monaco.

Dia kini antara beberapa pelumba F1 bergelar bapa.

Antaranya adalah Sebastian Vettel, Kimi Raikkonen, Romain Grosjean dan Pastor Maldonado yang menjadi bapa sejak beberapa tahun lalu sementara Felipe Massa mempunyai seorang anak lelaki.

Pada sidang akhbar selepas GP Belgium di Spa pelumba Lotus Romain Grosjean turut mengucapkan tahniah kepada keluarga Rosberg.

“Tidur seberapa banyak yang mampu selagi bayi belum lahir!" kata Grosjean. "Ia benar benar akan mencabar anda (Nico)!”.- F1i.com

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 6:46 PM