Peminat F1, Hafiz Mohamed Siraj, 29, (kanan) tidak melepaskan peluang bertemu Rosberg dan Lewis Hamilton. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
Peminat F1, Hafiz Mohamed Siraj, 29, (kanan) tidak melepaskan peluang bertemu Rosberg dan Lewis Hamilton. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Pemandu Formula Satu (F1) pasukan Mercedes AMG PETRONAS Nico Rosberg mensasarkan untuk memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia yang bakal berlangsung Ahad ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Jelas Rosberg, dia yakin mampu memenuhi sasaran itu selepas mempamer aksi konsisten memenangi tiga perlumbaan terakhir iaitu di GP Belgium, Itali dan Singapura.

"Saya berada pada prestasi terbaik ketika ini dan sekarang hanya mahu fokus kepada perlumbaan hujung minggu ini.

"Saya ada peluang untuk menang di Sepang dan sudah tentu saya mahu memenangi perlumbaan lagi," katanya pada sidang media hari ini.

Rosberg ketika ini mengungguli kedudukan kejuaraan pemandu dengan mengumpul 273 mata.

Rakan sepasukannya yang juga juara dunia Lewis Hamilton berada di kedudukan kedua, ketinggalan lapan mata berbanding Rosberg.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 8:08 PM