Mohd Hasbi Sidek


MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dalam satu kenyataan mengesahkan tiga buruh binaan parah dalam kejadian letupan berhampiran tapak pembinaan MRT Bandar Malaysia, dekat Sungai Besi, 5 petang hari ini.

"Pihak kami sudah memaklumkan kejadian kepada pihak polis dan bomba. Tiga pekerja yang parah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan berada dalam keadaan stabil.

"Bagaimanapun, punca kejadian masih belum dikenal pasti. Siasatan masih dijalankan dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya.

Untuk rekod, Bandar Malaysia Selatan satu daripada 11 stesen bawah tanah membabitkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd adalah kontraktor bagi kerja-kerja bawah tanah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2017 @ 10:02 PM