KUALA LUMPUR: Penjajaran semula laluan sepanjang Jalan Bukit Bintang akan dilaksanakan mulai 18 Dis sehingga 15 April 2015 bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan laluan bawah tanah, projek Aliran Transit Massa (MRT) Bukit Bintang.

Menurut kenyataan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd hari ini, penjajaran semula itu melibatkan antara laluan selepas Hotel Grand Millinium Kuala Lumpur menghala ke persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang.

“Semasa penjajaran jalan, Pasukan Tindakan Kecemasan Projek MRT akan dikerahkan untuk melancarkan trafik dan pengguna jalan raya dinasihati agar mematuhi arahan papan tanda,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut boleh layari laman web MRT atau menelefon Hotline MRT di 1-800-82-6868. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 3:49 PM