BERSENAM secara rutin baik untuk tubuh.
BERSENAM secara rutin baik untuk tubuh.
Siti Zarinah Sahib


Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2015 mendedahkan seorang daripada dua rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol tinggi yang menjadi penyumbang kepada penyakit jantung serta penyakit kardiovaskular yang lain.

Walaupun begitu ramai individu tidak menganggap kolesterol tinggi sebagai ancaman terhadap kesihatan mereka dan percaya hanya sesetengah kumpulan saja yang terdedah kepada risiko ini. Oleh itu, ada yang tidak menghiraukannya dengan makan apa saja, tidak bersenam atau mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurut Pakar Pemakanan dan Pengurus Kesihatan Korporat dan Pemasaran Nestle Malaysia, Cher Siew Wei, hampir separuh penduduk Malaysia di bawah usia 40 tahun mempunyai tahap kolesterol tinggi yang berpunca daripada budaya mengambil makanan berat dan cara hidup tidak aktif.

“Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan. Semua makanan biasanya jenis bergoreng dan bersantan yang kaya lemak tepu.

“Lemak tepu biasanya terdapat dalam kulit ayam, daging, santan dan makanan bergoreng yang akan meningkatkan kolesterol tidak baik dalam badan,” katanya.

Apa yang membahayakan, masalah kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang simpton. Malah, ramai yang bertubuh kurus mempunyai kolesterol tinggi dalam badan.

Ini sangat berbahaya kerana apabila kadar kolesterol berada pada tahap yang tinggi ia boleh menyebabkan penyakit lain seperti strok, tekanan darah tinggi dan diabetes.

Di dalam badan terdapat dua jenis kolesterol iaitu kolesterol jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), yang juga disebut kolesterol baik.

Secara ringkasnya pemakanan yang banyak mengandungi lemak tepu akan meningkatkan LDL manakala makanan seimbang tanpa lemak, kurang gula dan garam dapat meningkatkan HDL.

Pilihan makanan terbaik adalah kaya omega-3 yang banyak terdapat di dalam ikan seperti salmon, makarel dan kekacang seperti walnut dan soya,” katanya.

Tambahnya lagi kajian yang dijalankan saintis menemui sterol yang terdapat dalam tumbuhan dan buah-buahan mampu menghalang pembentukan kolesterol dalam usus dan dibuang menerusi perkumuhan.

“Namun dengan kesibukan seharian ramai yang tidak sempat mengambil buah-buahan dan mengabaikan sayur-sayuran. Bagi menambah jumlah kandungan sterol, pengambilan susu Nestle Omega Plus membantu mengatasi masalah ini.

“Nestle Omega Plus mempunyai tiga perisa iaitu susu tepung, UHT dan variasi oat yang berkesan menurunkan kolesterol. Perisa dengan tambahan oat ini baru saja diperkenalkan bagi memberi lebih pilihan kepada penggemarnya.

“Namun begitu, bagi mencapai keseimbangan dalam kesihatan, pengambilan makanan dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan sangat diperlukan. Selain itu, bersenam setiap hari agar tubuh kekal bertenaga,” katanya.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Bahagian susu Nestle Malaysia Ng Su Yen, sebilangan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup tidak aktif seperti tabiat makan tidak sihat dan kurang bersenam. Situasi ini boleh memudaratkan kesihatan jantung.

“Melakukan perubahan kecil dalam rutin harian seperti makan makanan sihat, bersenam dan minum susu kaya omega dan sterol tumbuhan boleh memberi kesan positif kepada kesihatan jantung.

“Pengambilan dua gelas susu Nestle Omega Plus dengan kandungan 1.2 gram sterol tumbuhan terbukti secara saintifik menurunkan paras kolesterol secara berkesan,” katanya.

Sebagai menyokong kesihatan jantung, Nestle Omega Plus bekerjasama dengan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) mengadakan program Walk a Sunday iaitu satu siri berjalan percuma pada Ogos dan September serta kempen pengambilan makanan sihat.

“Bagi meraikan Hari Jantung Sedunia pada September ini, kami berharap lebih ramai turut serta dalam acara ini yang diadakan pada 10 September di Taman Pudu Ulu Kuala Lumpur dan Taman Tasik Seremban dan 17 September di Taman TTDI Kuala Lumpur dan Bukit Dumbar Pulau Pinang. Selain berjalan, peserta boleh melakukan pemeriksaan kolesterol percuma, zumba dan mendapatkan produk Nestle pada harga istimewa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 September 2017 @ 1:16 PM