RAKAMAN CCTV menunjukkan lelaki itu melamar teman wanitanya di tengah lebuh raya.
RAKAMAN CCTV menunjukkan lelaki itu melamar teman wanitanya di tengah lebuh raya.

Istanbul: Malang seorang lelaki apabila ditahan kerana menyekat laluan lebuh raya dengan perarakan tujuh kereta yang mengakibatkan kesesakan teruk di Istanbul dalam tindakan dianggap romantik semata-mata mahu melamar kekasihnya.

Lelaki yang dibantu enam rakannya itu membentuk konvoi dan menutup laluan di lebuh raya itu di kawasan Bahçelievler.

Dia kemudian keluar dari keretanya dan menghampiri kenderaan dinaiki teman wanitanya sebelum melamarnya.

Orang ramai yang terkandas di lebuh raya itu sempat merakam detik lamaran berkenaan menggunakan telefon bimbit mereka dan memuat naik video terbabit ke media sosial.

Pasukan pengawasan trafik menggunakan video yang dimuat naik dalam media sosial itu untuk mengenal pasti kumpulan berkenaan sebelum mereka bertujuh ditahan.

Pihak polis turut menarik lesen memandu mereka sementara sehingga laporan mengesahkan mereka tiada masalah mental. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2015 @ 5:09 AM