Api yang menjulang tinggi boleh dilihat sejauh beberapa kilometer selepas beberapa letupan dari gudang di pelabuhan di Tianjin, tengah malam tadi. - Foto Reuters
Api yang menjulang tinggi boleh dilihat sejauh beberapa kilometer selepas beberapa letupan dari gudang di pelabuhan di Tianjin, tengah malam tadi. - Foto Reuters
Penduduk tidak sempat mengenakan pakaian sesuai kerana terburu-buru keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. - Foto AP
Penduduk tidak sempat mengenakan pakaian sesuai kerana terburu-buru keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. - Foto AP
Kepulan asap tebal masih memenuhi ruang udara pelabuhan di Tianjin pagi tadi selepas letupan kuat tengah malam tadi menyebabkan kebakaran besar. - Foto REUTERS
Kepulan asap tebal masih memenuhi ruang udara pelabuhan di Tianjin pagi tadi selepas letupan kuat tengah malam tadi menyebabkan kebakaran besar. - Foto REUTERS
Lebih 1,000 kereta di tempat letak kereta rentung disambar api. - Foto  REUTERS
Lebih 1,000 kereta di tempat letak kereta rentung disambar api. - Foto REUTERS
Bangunan yang musnah akibat letupan yang menyamai 21 tan TNT di Tianjin, China, menyebabkan 44 terbunuh. - Foto REUTERS
Bangunan yang musnah akibat letupan yang menyamai 21 tan TNT di Tianjin, China, menyebabkan 44 terbunuh. - Foto REUTERS

Tianjin, China: Seramai 12 anggota bomba antara sekurang-kurangnya 44 orang yang terbunuh dalam letupan gudang di Pelabuhan Tianjin, manakala lebih 500 lagi cedera dengan 66 daripadanya parah.

Menurut AP, agensi berita Xinhua melaporkan lebih 1,000 anggota bomba berusaha keras mengawal kebakaran yang bermula selepas letupan tengah malam tadi dan Beberapa kenderaan bomba juga musnah. Seramai 520 orang dirawat di hospital, termasuk mereka yang cedera parah.

Letupan dipercayai berpunca daripada bahan mudah terbakar memusnahkan sepenuhnya bangunan gudang serta memecahkan tingkap bangunan yang jauhnya beberapa kilometer.

Seorang penduduk, Zhang Siyu yang rumahnya terletak beberapa kilometer dari gudang itu berkata, dua menyangka gempa bumi menyebabkan bergegas keluar.

“Apabila berada di luar barulah tahu ia letupan. Saya nampak api menjulang tinggi dengan asap tebal,” katanya.

Setakat ini belum diketahui punca letupan itu dan tiada toksik terbebas ke udara atau di darat.

Menurut polis Tianjin, letupan itu berlaku dalam gudang yang menyimpan kontena mengandungi bahan kakisan milik Ruihai Logistics yang diberi kebenaran mengenalikan bahan berkenaan.

Agensi berita rasmi China melaporkan ada pengurusan kanan syarikat itu ditahan untuk siasatan dan Presiden Xi Jinping menuntut hukuman setimpal terhadap mereka yang menyebabkan letupan itu.

Menurut Xinhua, letupan pertama menyebabkan beberapa letupan lain dan Biro Gempa Bumi Kebangsaan China melaporkan dua letupan besar direkod dengan letupan pertama menyamai tiga tan TNT manakala yang kedua 21 tan.

Menurut Beijing News, beberapa bangunan serta gudang milik syarikat lain turut musnah dan lebih 1,000 kenderaan rentung

Menurut Reuters, letupan itu amat kuat sehinggakan dapat dilihat satelit di angkasa lepas, mewujudkan gegaran sejauh beberapa kilometer di bandar raya berpenduduk 15 juta orang itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 3:03 PM