Taipei: Typhoon Soudelor yang melanda Taiwan dan China sejak petang Sabtu lalu membawa banyak kemusnahan dan sudah menyebabkan enam terbunuh di Taiwan, empat hilang serta hampir 400 lagi cedera.

Jumlah kematian di China ialah 14 orang dengan ribuan orang terpaksa dipindahkan dan pasukan penyelamat masih mencari empat orang yang hilang.

Rakaman kamera dari dalam kereta ini menunjukkan angin puting beliung yang disebabkan taufan berkenaan ‘menelan’ sebuah kereta di Taiwan menunjukkan kemusnahan yang mampu dilakukan taufan berkenaan.

Dalam video yang dirakam Ahad lalu, kereta yang menjadi mangsa itu bergerak di laluan yang kelihatan tenang apabila tiba-tiba puting beliung melanda dan menelannya. - The Independent

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2015 @ 5:17 PM