TAIWAN dilanda taufan Bailu hari ini.
TAIWAN dilanda taufan Bailu hari ini.
Reuters

TAIPEI: Taiwan dilanda taufan Bailu hari ini, menyebabkan lebih 350 penerbangan dibatalkan, amaran tanah runtuh dan banjir serta ombak tinggi.

Taufan Bailu yang dikategorikan sebagai taufan paling lemah melanda selatan Pingtung tengahari ini dengan kelajuan angin 137 kilometer sejam.

Ratusan penduduk dipindahkan ke tempat selamat dan kira-kira 34,000 anggota tentera dikerahkan ke selatan Taiwan dikhuatiri banjir akan berlaku.

Taufan itu dijangka menyeberangi Selat Taiwan dan melanda wilayah Fujian, China hujung minggu ini, kata peramal cuaca.

Pada 2009, hampir 700 orang maut dengan sebahagian besar mangsa terbunuh dalam tanah runtuh akibat taufan Morakot di Taiwan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 7:58 PM