Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, Johor, pagi tadi. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua dari kiri). - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, Johor, pagi tadi. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua dari kiri). - Foto BERNAMA
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin

Pasir Gudang: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak menghargai sokongan yang dizahirkan UMNO Johor kepada kepimpinan beliau walaupun tahu ada hati terluka.

Katanya, kelangsungan UMNO sebagai parti pemerintah banyak bergantung kepada kekuatan UMNO Johor.

Najib berkata, penting meneruskan perjuangan supaya UMNO Johor terus kuat dan dipertahankan.

"Saya amat menghargai sokongan UMNO Johor kepada Presiden walau ada hati yang terluka.

"Usaha perlu diteruskan untuk kukuhkan parti yang ketika ini sedang berdepan dengan banyak isu dan cabaran," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamed Khaled menyatakan sokongan sebulat suara kepada presiden parti supaya semua kemelut ketika ini dapat diselesaikan.

Katanya, ruang dan masa mesti diberi kepada pucuk pimpinan parti untuk menyelesaikan apa sahaja yang berlaku.

"Kami di Pasir Gudang mengajak semua pihak untuk mendengar segala pandangan akar umbi dengan sabar.

"UMNO Pasir Gudang juga menyeru kita tidak hilang fokus dengan agenda lebih besar iaitu memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan memastikan perpaduan diperkukuhkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 12:37 PM