Sakit telinga SS tatkala dengar cerita mengenai penyanyi baru cakap tidak serupa bikin. Sebelum ini, bukan main dia menidakkan dakwaan menjadi punca keretakan hubungan orang lain.

Tak sangka pula dia cuba berlagak baik demi menyelamatkan diri. Yelah, kalau dilihat sikapnya macam tidak percaya pula dia tergamak melakukan perkara itu.

Ramai peminat menyifatkan penyanyi ini baik dan mempunyai keperibadian yang menyenangkan.

SS pun terpedaya dengan ‘lakonan’ penyanyi itu apatah lagi jadualnya pun padat. Mana mungkin dia ada masa melayan perkara remeh yang boleh menjejaskan kariernya.

Namun jangkaan SS meleset apabila khabar angin yang dinafikan itu sebenarnya betul. Bahkan, dengarnya selebriti itu yang menggatal dan suka ‘melayan’.

Lakonannya kantoi apabila dia membawa insan yang pernah dikaitkan dengannya ketika menghadiri sebuah acara.

Sudah tentulah kemunculannya menarik perhatian tetamu lain malah SS difahamkan ramai keliru melihat kemesraan selebriti itu dan pasangannya. Kalau tidak ada apa-apa masakan semesra itu.

Tak mengapalah, kita tengok saja apa lagi lakonannya selepas ini. Mana tahu boleh dapat anugerah pelakon terbaik 2015.

SS: Tidak kisah lama menunggu, asalkan dapat jodoh sehidup semati.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 9:41 AM