Oleh Murni Wan Omar

Kuala Lumpur: Lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya berjaya dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi untuk mendapatkan sijil kematian ibu mereka.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman dikemukakan lima pemohon itu terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Oleh itu pihak JPN diberi masa 14 hari untuk mengeluarkan sijil itu.

Pada 24 September 2014, Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 28, Md Erwan Nasri, 27, Erni Erinawati Sofea, 25, Erni Rineelawati, 24, dan Siti Nur Fatimah, 17, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan Basharuddin Fa'izie Iskandar.

Kelima-lima mereka memohon perintah bagi membatalkan keputusan JPN bertarikh 25 Julai 2014 untuk tidak mengeluar sijil kematian Sosilawati

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2015 @ 3:30 PM