MANGSA maut di tempat kejadian. FOTO ihsan pembaca
MANGSA maut di tempat kejadian. FOTO ihsan pembaca
Oleh Shamsul Munir Safini


Georgetown: Wanita berusia 54 tahun maut dipercayai terjun dari tingkat 20 Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum, di sini, 7 malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa Teng Lee Kim maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan tidak mengenali mangsa yang berasal dari Sungai Petani Kedah itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut,Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, usaha mengesan waris mangsa masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 12:13 AM