Anggota polis mengangkat mayat Baskaran. FOTO Mikail Ong
Anggota polis mengangkat mayat Baskaran. FOTO Mikail Ong
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Seorang lelaki yang mengalami masalah kesihatan maut selepas terjun dari tingkat tujuh sebuah hospital swasta di Jalan Pangkor, di sini.

Dalam kejadian 1 petang itu, A Baskaran, 47, dari Taman Perai Utama, Perai ditemui terbaring dan berlumuran darah di tingkat bawah hospital terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan pemeriksaan mangsa disahkan meninggal dunia akibat parah kerana jatuh dari tempat tinggi.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 4:28 PM