Penunggang motosikal maut di tempat kejadian selepas terbabit kemalangan dengan kereta. FOTO ihsan pembaca
Penunggang motosikal maut di tempat kejadian selepas terbabit kemalangan dengan kereta. FOTO ihsan pembaca
Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar kereta dalam kemalangan di Jalan Paya Terubong, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa, Teh Boon Pin, 31, yang bekerja di kedai emas maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Difahamkan, mangsa dalam perjalan dari rumahnya di Farlim ke tempat kerjanya di Relau.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut dan sudah mengambil keterangan daripada pemandu kereta yang melanggar mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 5:02 PM