Oleh Ibrahim Isa


Pagoh: Hampir 20,000 orang membanjiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Seri Perkembar di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan keluarga tiba di kompleks berkenaan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Majlis yang disambut dalam keadaan serba sederhana tetapi meriah, dihadiri penduduk pelbagai bangsa dan agama.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, EXCO kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Malah, Muhyiddin sempat meluangkan masa untuk bermesra dan bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Julai 2015 @ 1:15 PM