PERDANA Menteri  menunaikan solat Jumaat di Masjid Haji Muhammad Yassin, di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh di sini, hari ini. FOTO Essa Abu Yamin
PERDANA Menteri menunaikan solat Jumaat di Masjid Haji Muhammad Yassin, di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh di sini, hari ini. FOTO Essa Abu Yamin
Essa Abu Yamin


Pagoh: Selepas siap sepenuhnya pada September lalu, Masjid Haji Muhammad Yassin yang dibina bersempena nama bapa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dibuka kepada orang ramai.

Pembukaan itu menyaksikan Muhyiddin bersama barisan ahli politik serta pegawai kerajaan negeri Johor menunaikan solat Jumaat pertama di masjid berkenaan hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pagoh itu tiba pada jam 12.30 tengah hari diiringi Pegawai Daerah Muar, Datuk Mohd Haffiz Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi serta Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Muhyiddin bersama kira-kira 1,500 jemaah menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Imam Besar Johor, Makhadzir Abdan dengan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial.

Masjid seluas 4.73 hektar itu mampu memuatkan sehingga 3,500 jemaah dibina di kawasan Hub Universiti Pagoh dan turut dilengkapi dengan kemudahan Laman Islam dan lapan unit kuarters untuk imam, bilal dan siak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 2:47 PM