Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Malaysia sudah menubuhkan pejabat Konsulat Jeneral di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Republik Rakyat China.

Sehubungan itu, Bong Yik Jui dilantik sebagai Konsul Jeneral Malaysia pertama ke Nanning dengan daerah konsularnya meliputi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan Wilayah Guizhou.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, pembukaan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning akan lebih menggalakkan usaha berterusan kerajaan Malaysia untuk memperkukuh kerjasama dua hala dengan Republik Rakyat China dalam pelbagai bidang khususnya perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

"Ia juga dilihat dapat membantu memudahkan lagi hubungan dengan pihak berkuasa tempatan selain berperanan sebagai platform baru untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia di luar negara, sekiranya perlu,"katanya.

Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Nanning terletak di Nanning Marriott Hotel (Bilik 2008), 131 Minzu Boulevard, Nanning, Guangxi, 530028

Republik Rakyat China.

Ia beroperasi dari Isnin hibgga Jumaat mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pejabat berkenaan boleh dihubungi menerusi talian

(+86 771) 559 3289 atau faks

(+86 771) 559 3916 serta emel

[email protected]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2015 @ 5:03 PM