KUALA LUMPUR,  13 Julai -- Polis menjaga keselamatan di sekeliling Plaza Low Yat selepas berlaku insiden pergaduhan beberapa hari lepas dan semalam di sini hari ini.--fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Polis akan memburu beberapa individu dan blogger termasuk Papa Gomo berkaitan hasutan dan penyebaran fakta palsu insiden di Plaza Low Yat berikutan individu terbabit belum menyerah diri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya juga akan mengesan beberapa individu lain yang terbabit dalam rusuhan.

"Semalam saya arahkan individu terbabit menyerah diri namun sehingga kini mereka belum menyerah diri dan kita akan mengesan dan menangkap individu terbabit.

"Sehingga kini masih ada lagi individu yang menyebarkan fakta dan gambar palsu yang tiada kaitan dengan insiden terbabit. Kita akan kesan juga mereka ini walaupun mengambil masa," katanya.

Khalid berkata, siasatan berhubung insiden itu juga sedang diteruskan terutama bagi mengenalpasti individu yang terbabit dalam rusuhan itu.9

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 11:25 AM