Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Kementerian Luar kini sedang memantau aktiviti letusan Gunung Raung di Banyuwangi, Jawa Timur , Indonesia, yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Bali.

Dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan terjejas, termasuk pelajar, dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

"Kebanyakan pelajar sudah pulang ke Malaysia sempena cuti semester, malah Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui Pejabat Education Malaysia Jakarta sentiasa berhubung dengan wakil pelajar.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan adalah dinasihatkan untuk berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian 00 62 215224947 sambungan 3201 (waktu pejabat) / 00 62 87877226433 (selepas waktu pejabat).

Pegawai Bertugas Kementerian Luar Negeri juga boleh dihubungi di talian 03-88874570 03-88874770," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 12:13 PM