Ombak besar melanda pantai di Wenlin, wilayah Zhejiang, China, semalam, menjelang ketibaan taufan Chan-Hom pagi Sabtu. - Foto AP
Ombak besar melanda pantai di Wenlin, wilayah Zhejiang, China, semalam, menjelang ketibaan taufan Chan-Hom pagi Sabtu. - Foto AP

Beijing: China memindahkan puluhan ribu orang dan membatalkan puluhan perjalanan kereta api dan penerbangan manakala pusat pelancongan tepi pantai ditutup menjelang taufan Chan-hom dengan angin selaju sehingga 200 kilometer sejam melanda tenggara negara itu.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan China menyatakan taufan Chan-hom dijangka melanda awal Sabtu di wilayah Zhejiang dan sudah mengeluarkan amaran tahap tertinggi.

Hal Ehwal Awam Biro Zhejiang menyatakan hampir 60,000 orang dipindahkan dari kawasan pantai dan lebih 100 perjalanan kereta api antara bandar dibatalkan hingga Ahad.

Di Zhoushan, Ningbo dan Wenzhou yang terletak di tepi laut, semua penerbangan dibatalkan dan ia memberhentikan perkhidmatan bas serta perkhidmatan feri. Beberapa tempat pelancongan ditutup.

Chan-hom yang melanda Jepun sebelum ini, menyebabkan 20 kecederaan. Taufan itu juga menyebabkan hujan lebat di utara Filipina dan dijangka turut menjejaskan Taiwan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2015 @ 11:30 PM