MUHAMMAD Ali.
MUHAMMAD Ali.

Phoenix: Bekas peninju terkenal, Muhammad Ali dilaporkan tidak mampu bercakap dan sukar berjalan tetapi keadaannya masih baik.

Doktor peribadi Muhammad Ali, Dr Abraham Lieberman berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai kesihatan bekas atlet terbabit.

"Tiada yang perlu dibimbangkan tetapi pelbagai perkara boleh berlaku," katanya ketika ditemu bual stesen radio BBC semalam.

Bulan lalu adik Muhammad Ali, Rahman berkata bekas jaguh tinju itu tidak boleh bercakap atau keluar dari rumah atas faktor kesihatan.

Laporan itu menyebabkan khabar angin tersebar kononnya dia sedang nazak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:06 AM